JOM KONGSI IKLAN



IKLAN RM5 SAHAJA SEBULAN
(klik untuk tempahan)

Thursday, 16 May 2013

REJAB------- PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ-------


 Assalammualaikum Semua..

Jumpa Lagi..Alhamdulillah.. Masih Lagi Bernafas Hari Ni..
Kepada Uang Puasa Sunat..Tahniah..Teruskan Smpai Habis..Yang Tak Buat Ni.. Esok Lusa Boleh Buat Juga..Yang Belum Habis Ganti Puasa Baik Perempuan Ata Lelaki..Adik2 Atau Kakak..Cepat2 Amik Peluang Ni..Ganti Puasa Sekaligus Puasa Sunat..




Baiklah Ramai Yang Tahu Tentang Peristiwa Israk Mikraj Tak Kurang Juga Ramai Yang Masih Mamai..Bukan Apa Asing Masing Sibuk Urusan Duniawi..Hari Ni Dengan Masa Yang Terluang Jom Sama2 Dengan Umie Refresh Apakah Peristiwa Ni..


Peristiwa Ini Nabi Kita Nabi Muhammad S.A.W  Pada 27 Rejab Tahun Ke 12
Dari Masa Kenabian Baginda,Iaitu Pada Tahun Tersebut Baginda Berumur 52 Tahun

Pada Tahun Itu Juga Dikenali Sebagai Tahun Dukacita Kenapa??
Kerana Bapa Saudaranya Abu Talib Bin Abdul Mutalib Dan Isterinya Siti Khadijah Binti Khuwalid Telah Meninggal Dunia.

Sebut Meninggal Dunia....Ni..Harapnya Sempatlah Umie Ramadhan Kali Ni..Yer Lah Kan Kita Tak Tahu Bila Kita Akan Ditarik Nyawa...

Sambung Semula..

Sedihnya..Anak Angkat Baginda  Zaid Bin Harisah Telah Diusir Dan Dibaling Batu Oleh Penduduk Taif Sehingga Berdarah..

Ya Rahman..Mcm  Mana Lah Jadi Kat Kita Kan....

Peristiwa Ini Telah Dicatatkan Didalam Umul Kitab  Surah Al-Isra Ayat 1  ; Surah Al Najm Ayat 60.


Perjalanan Selama 3/4 Malam Sahaja Iaitu Dari Jam 6 Malam Hingga 6 Pagi Nabi Kembali Semula Ke Mekah Sebelum Terbit Fajar .
 Baginda Menunggang Buraq Bersama Jibril Darimasjidil Haram Ke Masjid Aqsa Di Jerusalem / 
Baitul Maqdisdi Israel / Palestin Kini. Arah Kiblat Umat Islam Ketika Itu Ialah Baitul Maqdis
Selepas Peristiwa Ini , Semasa Nabi Tinggal Di Madinah, Arah Kiblat Ditukar Ke Mekah. 
Ditembok Barat Masjid , Buraq Telah Ditambat Di Suatu Tempat. Nabi Mengerjakan 
Solat Dua Rokaat Di Beberapa Tempat Persinggahan Seperti Di MadinahMadyan 
Danbukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi Sembahyang Berjemaah Dengan 
Makmumnya Ialah Nabi Adam , Nabi Musa Dan Nabi Isa. Baginda Ditawarkan 
Minuman Susu Atau Arak. Tetapi Nabi Muhamad Memilih Susu Sebagai Minumannya.
Seterusnya Diangkat Secara Fizikal Melalui Mikraj (Tangga Emas Dan Perak) Dari Bumi Ke L
Angit Ke-7 Hingga Ke Sidratul Muntaha Dan Bertemu Dengan Allah Di Arasy
Di Baitul Makmur, Nabi Melihat Malaikat Bertawaf Dan Moyangnya 
Nabi Ibrahim Bersandar Di Situ .
Wajah Nabi Ibrahim Persis Wajahnya .
Nabi Juga 'Dibedah' Untuk Kali Kedua. Sebelum Ini, 
Semasa Kanak-Kanak , 
Baginda Pernah Dibedah Oleh Dua Malaikat 
Semasa Di Perkampungan Ibu Susunya Halimatun Saadiah 
Nabi Telah Bertemu Dan Bercakap Dengan Nabi Ibrahim
Nabi Musa Dan Nabi Isa. Peristiwa Luar Biasa Ini Paling 
Penting Dalamkalendar Islam Kerana Menandakan Seseorang 
Itu Islam Atau Kufur. Ia Sebuah Mukjizat Dari Allah S.W.T 
Bagi Nabi Muhammad S.A.W. Yang Tidak Pernah Dilakukan 
Oleh Rasul Dan Nabi Sebelumnya. Hanya nabi Muhammad S.A.W. 
Sajalah Yang Diberikan Anugerah Dan Kehormatan Oleh Allah S.W.T Untuk Melakukannya Sebagai Petanda Betapa 
Tingginya Penghargaan Allah S.W.T Kepada 
Dalam Perjalanan Isra' Mahupun Mikraj Seperti
 Tercantum Dalam Buku 'Muhammad Beraudiensi D
engan Tuhan Karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),
Nabi Muhammad Didampingi Malaikat Jibril Dan Mikail Menunggang Seekor Haiwan Yang Disebut 'Buraq'.
Dalam Masyarakat Islam, Peristiwa Ini Tercatat 




mcm tulisan type writer best plak...

ISTIMEWANYA BULAN REJAB

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA DAN SALAM SEJAHTERA

alhamdulilah sekarang dah pun masuk bulan rejab kan..hari ini 6 rejab  1434 hijrah bersamaan 16 mei 2013 hari kamis...hari in juga merupakan sambutan hari guru..

banyak perristiwa dan keistimewaan bulanrejab ni.. dengan masa yang terhad ni umie berminat nak kongsi bersama serba sedikit tentang keistimewaan bulan rejab.



siapa tahu maksud rejab.. angkat tangan....


Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

---------------------------- PERISTIWA PENTING ---------------------------

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. 

Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. 

Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

-----------------BULAN REJAB MENURUT ALQURQN-------------------

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu :-

surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) 
surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). 

Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

------------------------------------------------------------------------------------

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini 
(bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) 
dinamakan bulan haram. 

- Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

- Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. 

Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. 

Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu.

Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan 

bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. 

Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


--------------------BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH-------------------

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum

Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). 

Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. 

Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.


-------------------------------------------------------------------------------------------